Kata ku kepada mu

"Suatu hari, setiap orang akan menghadapi kebaikan dan keburukan yang pernah dibuatnya dan Dosa Besar Di mata Allah, menyuruh orang lain melakukan kebaikan sementara diri sendiri tidak melakukannya'"


Sunday, November 21, 2010

Pru Bsn Takaful

Pengenalan.
Pru Bsn Takaful adalah gabungan antara syarikat Insuran iaitu Prudential Insuran Berhad (ditubuhkan pada tahun 1884 dengan Bank Simpanan Nasional ( ditubuhkan pada tahun 1974). Kerjasama ini bermula setelah Bank Simpanan Nasional mendapat lesen Takaful pada awal tahun 2006. Gabungan antara kedua pihak penting kerana kekukuhan kewangan dan pengurusan yang cekap, demi memperkenalkan perniagaan takaful yang berlandaskan "Syariah -Compliant" Di samping itu Pru Bsn , perjalanan syarikat ini adalah dibawah pengawasan jawatankuasa Syariah dan 'Malaysian Takaful Association'.

Konsep Takaful Pru Bsn
Takaful atau kafala adalah skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yg menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta pru bsn yang memerlukan dan mendapat persetujuan untuk memberi sumbangan bagi yang memerlukannya. Ianya juga bermaksud sebagai saling menjamin , saling menjaga dan saling memelihara.Konsep ini dinamakan Konsep tabarru'

" Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain."-diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Daud.

Takaful juga bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat diantara peserta- peserta yang bersetuju menanggung risiko bersama seperti kemalangan, penyakit, kematian dan sebagainya yang menimpa dikalangan peserta.

kesimpulan
Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insuran yang berasaskan muamalat islam, yang berlandaskan hukum syariah.

No comments: