Kata ku kepada mu

"Suatu hari, setiap orang akan menghadapi kebaikan dan keburukan yang pernah dibuatnya dan Dosa Besar Di mata Allah, menyuruh orang lain melakukan kebaikan sementara diri sendiri tidak melakukannya'"


Monday, November 22, 2010

Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan beban keluarga

TAHAP kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan Insuran Perubatan dan Kesihatan (IPK) di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan jiran di selatan tanah air. Keadaan ini didorong faktor kos perubatan yang sangat tinggi di negara berkenaan berbanding Malaysia yang sebahagian besar kos rawatan dan ubat-ubatan masih ditanggung kerajaan.
Walaupun hospital kerajaan mempunyai lebih kepakaran dan kelengkapan namun peningkatan jumlah pesakit yang perlu dirawat menjadikan proses berkenaan mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang disahkan mengalami penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera.
Di sini, IPK iaitu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan, memainkan peranan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos penyakit kritikal tetapi juga bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar sejumlah wang tertentu semasa menjalani rawatan. Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Heng Zee Wang, berkata selain kesedaran sejak awal lagi untuk dilindungi IPK, pelanggan perlu tahu butiran penting seperti apa yang mereka mahu lindungi, memahami istilah yang terkandung dalam polisi, tempoh matang atau menunggu, bayaran bersama, tempoh membuat keputusan dan syarat berkaitan. Malah, tegasnya, tidak cukup dengan minat terhadap polisi insurans itu saja kerana pelanggan juga perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi atau pelan berkenaan. Dengan maklumat ini, pelanggan dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk dirinya.
"Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan polisi insuran, kami sarankan memilih polisi yang asas dan mengikut kemampuan seperti jenis polisi utama yang biasa ditawarkan iaitu Insuran Hospital dan Pembedahan, Insuran Penyakit Kritikal, Insuran Pendapatan Akibat Hilang Upaya dan Insuran Pendapatan Hospital.
"Insurans melindungi pelanggan daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai," katanya.
Lazimnya, kata Heng, pelanggan akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahuilah perkara penting ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak sebagai pengguna sentiasa terpelihara. Ini seperti mengetahui senarai panel hospital, cara membuat tuntutan, tarikh luput polisi insuran dan sebagainya.
"Mengenalpasti senarai panel hospital adalah antara perkara utama selain memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai syarikat insuran dan jenis polisi insuran yang melindungi diri anda.
"Di sini, pentingnya hubungan baik antara pemegang polisi dengan ejen atau penasihat kewangan kerana mereka adalah pengantara yang akan menghulurkan sebarang maklumat mahupun bantuan setiap kali diperlukan," katanya yang menegaskan maklumat dan dokumen lengkap mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan.
Pemegang polisi juga, kata Heng, perlu tahu dan dimaklumkan mengenai pengecualian dalam polisi IPK dan perlu bertanya kepada ejen insuran sekiranya kurang faham. Antara pengecualian itu termasuk syarat pra wajib iaitu tidak mendedahkan masalah kesihatan sedia ada ketika membeli polisi; mengalami masalah mental, peperangan mahupun rusuhan, tempoh menunggu di mana anda tidak layak membuat tuntutan dalam tempoh empat bulan pertama perlindungan kecuali kecederaan akibat kemalangan dan banyak lagi.
Jelasnya, usaha menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya perlindungan insuran bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama.
"Membeli insuran bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insuran adalah jaminan yang dibeli bagi melindungi perkara yang belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insuran mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nak terngadah.
"Kami di Prudential mengambil langkah drastik dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada masyarakat mengenai kepentingan polisi insuran demi masa depan yang lebih terjamin. Bertindaklah awal ketika usia masih muda dan sihat, kerana apabila usia sudah meningkat senja, agak sukar untuk mendapatkan polisi insuran yang sesuai selain harga premium yang ditawarkan agak tinggi," katanya.

INFO: Panduan membeli insurans

  • Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen dan ejen insurans yang sah.
  • Buat perbandingan kadar premium.
  • Fahami had perlindungan, terma dan syarat polisi.
  • Pilih polisi asas dan mampu.
  • Periksa tarikh kuat kuasa insuran.
  • Isi borang permohonan dengan teliti.
  • Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans dan bukan ejen.
  • Baca dan fahami polisi anda apabila anda menerimanya.

Sunday, November 21, 2010

Kelebihan Medical Card Pru

https://www.prubsn.com.my/accounts/prubsn/

ANDA MENDAPAT GANJARAN APABILA ANDA KEKAL SIHAT dan kami memperkenalkan kad komprehensif 3 dalam satu iaitu SIMPANAN , PERLINDUNGAN & PELABURAN jadi wang anda tidak hilang atau hangus jika tiada apa -apa berlaku kepada anda kerana sumbangan anda ada CASH VALUE yang  dikembalikan. Jadi adakah rugi anda memiliki kad Perubatan Pru Bsn.....oh tidak.....dan malah menguntungkan dari segi kesihatan dan kewangan.....


Kelebihan Kad Perubatan Pru Bsn dengan kad yang lain.

1) Bonus Tuntutan Sifar - Anda Akan diberi bonus tahunan jika anda sihat.
    Bonus tahunan tambahan dari RM100.00 sehingga RM500.00 jika anda tiada membuat sebarang tuntutan
    dalam setahun tersebut. Jika  ada tuntutan tahun tersebut kami akan melindungi diri anda dan tahun
    berikutnya anda akan mendapat kembali tuntutan bonus tersebut. Anda sihat dan anda sakit anda tetap
    mendapat ganjaran.


2) Perlindungan menyeluruh untuk bil kemasukan hospital dan Pembedahan.
     Anda tiada risau jika bill perubatan tinggi, kerana segala pembayaran di tanggung oleh Pru Bsn.
     ( Hanya bayaran co-takaful - 10% dr jumlah tuntutan , dgn minimum
     Rm300.00 dan malsimum RM1000.00)

3) Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan.
    Boleh mengetepikan had tuntutan tahunan, dan tidak perlu risau jika bayaran bill terlalu mahal.boleh  
    digunakan jika memerlukan bayaran melebihi had tuntutan tahunan anda.(Plan 3,4,& 5 sahaja)

4) Pilihan pelan yang mampu dimiliki
    Mempunyai 5 plan mengikut kemampuan anda dan belanjawan. Plan yang terdahulu boleh di upgrade kan
    jika kemampuan anda ada pada masa depan.

5) Perlindungan Sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun.
    Automatik renew sehingga umur anda 70 tahun atau 80 tahun. Anda tidak risau jika umur meningkat 
    kerana contribution tetap sama walaupun umur semasa anda menyertai 25 thn lalu  hanya    RM100.00,
    dan ketika umur 60 tahun pun Rm100.00 juga......

Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut :

  1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM 1,500,000 untuk seumur hidup.
  2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membuat tuntutan kerana bayaran bil akan di buat terus kepada hospital.
  3. Tiada Had Tahunan. Oleh itu kad ini boleh di gunakan untuk membayar bil hospital sehingga RM1.5 juta sekaligus.
  4. BONUS Tanpa Tuntutan. Bonus tahunan sehingga RM500 setahun akan di bayar jika peserta tidak pernah membuat apa-apa tuntutan bil perubatan.
  5. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 atau 80 tahun.
  6. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.
  7. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.
  8. Membiayai kos rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.
  9. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.
  10. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).
  11. Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang.
  12. Kos Rawatan penyakit Kanser.
  13. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  14. Boleh membuat pembayaran di mana-mana counter cawangan BSN.
  15. 5 pelan tersebut ialah:-
  
Apakah itu Co-Takaful

Ko-Takaful
PruBSN ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (sebahagian kos yang perlu di tanggung oleh pelanggan dan tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan.

Contoh pengiraan Ko-Takaful adalah seperti berikut :

1- Kes 1 :
  • Jumlah Bil : RM2,000
  • 10% daripada bil = RM200
  • Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.
2- Kes 2 :
  • Jumlah Bil = RM8,000
  • 10% daripada bil = RM800
  • Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM800
  • Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM7,200

3- Kes 3 :
  • Jumlah Bil = RM30,000
  • 10% daripada bill = RM3,000
  • Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000
  • Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM29,000

Pru Bsn Takaful

Pengenalan.
Pru Bsn Takaful adalah gabungan antara syarikat Insuran iaitu Prudential Insuran Berhad (ditubuhkan pada tahun 1884 dengan Bank Simpanan Nasional ( ditubuhkan pada tahun 1974). Kerjasama ini bermula setelah Bank Simpanan Nasional mendapat lesen Takaful pada awal tahun 2006. Gabungan antara kedua pihak penting kerana kekukuhan kewangan dan pengurusan yang cekap, demi memperkenalkan perniagaan takaful yang berlandaskan "Syariah -Compliant" Di samping itu Pru Bsn , perjalanan syarikat ini adalah dibawah pengawasan jawatankuasa Syariah dan 'Malaysian Takaful Association'.

Konsep Takaful Pru Bsn
Takaful atau kafala adalah skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yg menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta pru bsn yang memerlukan dan mendapat persetujuan untuk memberi sumbangan bagi yang memerlukannya. Ianya juga bermaksud sebagai saling menjamin , saling menjaga dan saling memelihara.Konsep ini dinamakan Konsep tabarru'

" Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain."-diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Daud.

Takaful juga bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat diantara peserta- peserta yang bersetuju menanggung risiko bersama seperti kemalangan, penyakit, kematian dan sebagainya yang menimpa dikalangan peserta.

kesimpulan
Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insuran yang berasaskan muamalat islam, yang berlandaskan hukum syariah.